Khamis, 13 November 2014

Persilangan Kaum di Malaysia: Kenapa mahu sentuh???



Pelbagai peristiwa timbul yang menyebabkan banyak pihak terpanggil untuk membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya, peristiwa rakaman video lucah, program ‘Saya Mahu Menyentuh Anjing’ dan pengantin separuh bogel di Bandar Ipoh menggamit suasana harmoni kepelbagaian kaum d Malaysia ini. Justeru itu, tertarik aku untuk mengutarakan sebab, akibat dan bagaimana pencegahan atau membaikpulih dinamik interaksi pelbagai kaum di Malaysia ini.

Malaysia sedia maklum menghimpunkan pelbagai jenis kaum yang menjadi tunjang atau tiang kepada pembangunan di pelbagai sektor mencakupi pendidikan, ekonomi dan sosial. Justeru itu, persilangan budaya sebegini terdedah kepada rasa tidak puas hati, inginkan perhatian, inginkan kuasa dan pendaman dendam akibat ketidakadilan daripada pihak atasan terhadap diri mereka-mereka ini. Secara mudah, sikap egosentrik dalam kalangan individu membuahkan dinamika interaksi kaum ini. Oleh itu, polemik terhasil akibat dari faktor-faktor yang disebutkan sebelum ini.

Contoh, pendaman dendam ini adalah akibat peristiwa yang menyakitkan atau menyiksakan secara kognitif dan perasaan terhadap individu-individu terbabit. Kemungkinan, rasa tertindas atau pengalaman hidup perit menyebabkan manusia sering kali mencari sebab kepada pengalaman-pengalaman pahit sebegini. Maka, melahirkan suatu kepercayaan bahawa berlaku penindasan atau ketidak adilan kepada dirinya itu. Oleh tu, sikap egosentrik atau berlokus kepada diri sendiri terbentuk. Maka, pemikiran kepada diri sendiri kenapa aku yang selalu dikenakan? dan kenapa aku yang menjadi mangsa? adalah antara salah satu garis panduan terbentuk sikap egosentrik dalaman itu.
Selain itu, inginkan perhatian adalah antara faktor-faktor dalaman yang menyebabkan individu bertindak sehingga menghasilkan ketegangan kepelbagaian kaum di Malaysia. Rasa tidak mendapat perhatian semakn bernanah apabila rasional dibuang jauh daripada pemikiran. Maka, individu membuat tindakan dengan menganjurkan majlis-majlis yang ditegah atau dirasakan tidak sewajarnya dilakukan. Oleh itu, bangkitlah perjuangan-perjuangan yang tidak beragenda semata kerana perasaan inginkan perhatian tersebut. Ia adalah bertunjangkan dengan pengalaman masa lepas tetapi berdiri dengan sendiri apabila dilihat kepada fungi minat sosial setiap individu di muka bumi ini.

Jadi, polemik perkauman di Malaysia ini sudah hampir kepada tahap yang amat membimbangkan. Yang boleh membawa kepada tercetusnya peristiwa-peristiwa berdarah yang pernah terjadi dalam negara ini. Walhal, yang pernah tercatat atau tidak dalam kamus pembangunan dan perjalanan Malaysia menjadi antara negara maju dipentas antarabangsa. Selain itu, rasa kekitaan semakin terhakis sedangkan tidak pernah utuh pada sebelum ini. Bayangkan, jika pada suatu hari negeri itu penuh dengan satu kaum sahaja, manakala negeri itu pula penuh dengan satu kaum sahaja yang seperti terjadi kini dimana sesuatu kawasan itu penuh dengan satu kaum sahaja.

Maka, ini akan memeritkan lagi usaha negara untuk membaikpulih semangan bersatuan dalam segala hal. Oleh sebab itu, pelbagai usaha boleh dilakukan untuk menghakis rasa tidak puas hati terhadap isu persilangan budaya di Malaysia ini.
Konflik-konflik ini boleh tercegah melalui dua cara iaitu secara ideologi atau secara sosial.
Ideologi:
Penetapan konsep kekitaan dalam kalangan mudawan negara.
adalah lebih berkesan seperti menanam buah-buahan dan mendapat hasil.
Sosial
Meningkatkan sistem komunikasi sosial
sistem ilmu
debat dan diskusi secara menyeluruh
Langkah baikpulih.
Sesi kaunseling secara individu terhadap individu terlibat.