Bulanyang amat penat. Selepas menjalankan seminar kerjaya untuk pelajar SPM 2014, bengkel kerjaya untuk pelajar SPM 2015. Juri Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah dalam pertandingan Deklamasi puisi. Selanjutnya juri pertandingan sahibbah peringkat sekolah. Seterusnya program seminar kerjaya daerah Pitas. Kini baru selesai pertandingan catur pringkat zon utara yang berfungsi sebagai Jurulatih daerah. Selepas ini Program Jati Diri pula.
Kepuasan apabila diri berfungsi wooo!
Sebuah program jati diri bakal berhempas di Pitas Sekitar 29 dan 30 April ini. Objektif program adalah membentuk nilai intrinsik pelajar dari segi motivasi dan kesedaran terhadap realiti kehidupan kini. Khilaf adalah suatu yang tidak dapat dielakkan namun bukan beberapa kali yang kita lihat seseorang itu jatuh. Ironinya, beberapa kali seseorang pelajar itu bangun dan terus melangkah kehadapan tidak kebelakang. Justeru itu, itu adalah antara tujuan penting dala membentuk sahsiah pelajar supaya terus positif. Harap segala berjalan lancar..
6 jam yang lalu