Jumaat, 17 April 2015

Program Jati Diri

Bulanyang amat penat. Selepas menjalankan seminar kerjaya untuk pelajar SPM 2014, bengkel kerjaya untuk pelajar SPM 2015. Juri Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah dalam pertandingan Deklamasi puisi. Selanjutnya juri pertandingan sahibbah  peringkat sekolah. Seterusnya program seminar kerjaya daerah Pitas. Kini baru selesai pertandingan catur pringkat zon utara yang berfungsi sebagai Jurulatih daerah. Selepas ini Program Jati Diri pula.
Kepuasan apabila diri berfungsi wooo!
Sebuah program jati diri bakal berhempas di Pitas Sekitar 29 dan 30 April ini. Objektif program adalah membentuk nilai intrinsik pelajar dari segi motivasi dan kesedaran terhadap realiti kehidupan kini. Khilaf adalah suatu yang tidak dapat dielakkan namun bukan beberapa kali yang kita lihat seseorang itu jatuh. Ironinya, beberapa kali seseorang pelajar itu bangun dan terus melangkah kehadapan tidak kebelakang. Justeru itu, itu adalah antara tujuan penting dala membentuk sahsiah pelajar supaya terus positif. Harap segala berjalan lancar..

Ahad, 18 Januari 2015

Posting ke negeri bawah bayu..

Alhamdulillah..dapat berite posting sehari sebelum hari lahir..walaupun agak cuak dapat panggilan negeri di bawah bayu..namun hati redha menempuh dunia baru..sebelum itu rasa amat bertuah apabila panggilan posting ni agak lambat dari kebiasaan..kenapa? Sebab dapat ambil pengalaman kerja dalam sektor swasta dan menghadiri pelbagai temuduga yang secara tidak langsung sentiasa membaca dan perlu memahami ilmu kaunseling setiap kali temuduga..Oleh itu, terima kasih amat sangat pada ppd melaka tengah, ppd kelang, imperial steel drums dan kys business school kerana sudi menerima diri ini untuk memperoleh pengalaman pekerjaan yang profesional.. Selain itu pada mara,uthm, smi al amin, lembaga kaunselor dan juga perkhitmatan awam memberi peluang temuduga yang secara tidak langsung dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan diri..amin..gua dapat posting!!!