Ahad, 18 Mei 2014

Arsenal New Era Begin.

Sudah hampir 24 jam perlawanan bola sepak antara Arsenal dan Hull City. Keptusan seperti yang di duga kemenangan berpihak kepada Arsenal. Pembukaan perlawanan yang hambar dari pihak Gunners terima kasih kepada sindiran sinikal daripada The Special One yang menyebabkan serangan psikologi kepada seluruh kontigen The Gunners. Situasi ini diambil sepenuhnya oleh The Tigers apabila mendahului melalu dua gol yang bermula dari bola mati dan dijarngkan dua pemain pertahanan mereka Chester dan Curtis Davies bekas pemain muda berbakat dari The Villain. Situasi pakar kepada kegagalan hampir past menjadi kenyataan sebelum tendangan percuma yang cantik dilakukan Santi Cazorla untuk mendekatkan kedudukan dan memberi ruang kepada Arsenal kembali membentuk permainan tipikal mereka. Semuanya berhasil apabila pertukan bijak Arsene Wenger memasukkan Yaya Sonogo berhasil apabila memberi kelebihan ruang kepada Giroud untuk bermain dengan lebih bebas dalam kawasan Hull City. The Gunners seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai Konscielny yang mempunyai semangat lawan yang tinggi serta mentaliti untuk menang apabila menjaringkan gol penyamaan melalui tendangan sudut dimana kedudukan pemain tersebut yang tidak memberi kelebihan kepadanya untuk menjaringkan gol. Namun kebijaksanaan untuk melakukan pusingan badan sebelum menyentuh bola terus melalui celahan kaki penjaga gol Hull City adalah antara babak penting perlawanan. Pemain antarabangsa Perancis itu kini dalam pembikinan untuk menjadi Hero Status dalam skuad Arsenal dan amat penting kepada pembangunan skuad The Gunners untuk dua atau tiga musm lagi. Namun begitu, keseluruhan sekali pertukaran Yaya Sonogo adalah kunci penting kepada kemengan pila pertama The Gunners dalam tempoh 9 Tahun ini. Permulaan kepada Generasi Emas baru kepada Arsenal. Persembahan pemain pada World Cup 2014 pasti akan menentukan halatuju The Gunner pada musim hadapan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan