Isnin, 2 Jun 2014

Definisi Kematangan Kerjaya




Kematangan adalah berdasarkan perkataan matang. Justeru itu, menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua matang adalah membawa maksud kepada sudah masak atau sudah cukup besar. Selain itu, sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya banyak mengetahui serta memahami sesuatu. Kematangan adalah keadaan yang menunjukkan sifat matang. Maka, ia adalah boleh diperlihat melalui beberapa perkara seperti tingkahlaku dan pemikiran. Paulk (1993)kematangan adalah sebagai salah satu kaedah bagi menilai keupayaan organisasi dalam hal disiplin tertentu yang telah diketengahkan melalui pengenalan Model Kemampuan Kematangan atau Capabilities Maturity Model (CMM). Selain itu, kematangan juga didefinisikan sebagai suatu pendekatan untuk mempunyai kualiti kawalan yang dapat meramalkan kekuatan pada sesuatu tempat (konkrit) dalam pelbagai situasi (Keith, Jeff, Chuck, Linda dan Steve, April 2009). Sedikit pencerahan lagi, kematangan adalah kesempurnaan fikiran melalui pengalaman, tindak tanduk dan cara berfikir (Kamus Dewan Edisi Keempat). Namun begitu, kematangan sebenarnya dapat dikatakan sebagai kemampuan individu dalam mengetahui serta bersedia dalam pelbagai hal berkenaan dengan suatu maklumat, membuat keputusan tetang kehidupan.


Kerjaya adalah aktiviti atau suatu perlakuan kepada beberapa tingkahlaku yang dilakukan oleh seorang individu atau secara berkumpulan untuk mendapatkan hasil berbentuk fizikal dan emosi. Fizikal ini membawa maksud kepada hasil yang berbentuk duit, barang keperluan (ekonomi sara diri) atau barang mewah seperti rumah, kereta atau barangan berteknologi. Hasil dari segi emosi pula adalah tahap kepuasan terhadap kerjaya yang dipilih dan dilakukan. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), kerjaya adalah sebagai persediaan individu sebelum seseorang tu menceburkan diri dalam dunia pekerjaan sebenar dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara. Tambahan, kerjaya pula merupakan satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri individu tersebut (Tolbert, 1974). Oleh itu, berdasarkan pernyataan-pernyataan diatas kerjaya adalah suatu perjalanan individu dalam dunia kerjaya yang berkaitan dengan fungsinya semasa dan selepas dunia pekerjaan.
Merujuk kepada perkara di atas, kematangan kerjaya bermakna kesediaan untuk membuat keputusan kerjaya dengan kemahiran vokasional dan pembangunan tugasan pendidikan (savikas, 1984). Tambahan lagi, kematangan kerjaya secara takrfannya adalah keupayaan individu dalam membuat pilihan kerjaya yang tepat, termasuk kesedaran daripada apa yang diperlukan untuk membuat keputusan kerjaya dan sejauhmana pilihan individu berkenaan agensi lain secara realistik dan konsisten dari semasa ke semasa (Crites, 1978b, Kng, 1989, Ohler, Levinsen dan Hays, 1996). Dalam kajian ini kematangan kerjaya adalah merujuk kepada maklumbalas reponden berdasarkan instrumen CMI oleh Crites (1973).









Tiada ulasan:

Catat Ulasan